Wednesday, August 28, 2013

Damsyik nafi guna senjata kimia bunuh rakyatnya sendiri

ANGGOTA penentang yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria mengiringi kenderaan PBB di pinggir bandar raya Damsyik semalam.DAMSYIK - Duta Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menuduh pihak penentang menggunakan senjata kimia untuk mendesak kuasa asing mengambil tindakan ketenteraan ke atas rejim Presiden Bashar Al-Assad."Banyak bukti cenderung membuktikan pemerintah Syria tidak bersalah dan dilempar dengan tuduhan-tuduhan palsu," kata Duta Syria ke PBB, Bashar Al-Jaafari.Beliau berkata, terdapat bukti menunjukkan kumpulan penentang menggunakan senjata kimia untuk mengheret tentera asing supaya menceroboh Syria.Bashar menuduh Barat dan Turki membenarkan kumpulan pengganas membina sebuah makmal senjata kimia di wilayah Turki dengan bahan-bahan disediakan oleh Turki, Arab Saudi dan Qatar.Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) bersedia mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria sebagai tindak balas serangan senjata kimia pada minggu lalu.Serangan gas beracun berkenaan dipercayai mengorbankan lebih 1,300 orang di pinggir bandar raya ini.AS bersama Britan menyatakan bahawa rejim Bashar melancarkan serangan kimia ke kubu-kubu kumpulan penentang kerana hanya rejim Bashar yang berkemampuan untuk melakukannya.Dalam pada itu Rusia memindahkan seramai 116 rakyatnya dan sebahagian warganegara dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet dengan dua pesawat milik Kementerian Hal Ehwal Kecemasan negara itu.Mereka meninggalkan Syria kerana bimbang dengan konflik yang semakin meruncing di negara itu.Kumpulan tersebut diterbangkan dari bandar pelabuhan Latakia di Syria.Pesawat kargo Ilyushin-76 yang membawa pulang 89 orang tiba di lapangan terbang Domodedovo, Moscow lewat kelmarin.Jurucakap kementerian berkenaan, Irina Rossius dalam satu kenyataan di laman web kementerian itu berkata, seramai 75 orang daripada 89 penumpang adalah rakyat Rusia."Kebanyakan mereka ialah wanita dan kanak-kanak," kata Rossius.Pesawat kedua, Ilyushin-62 tiba di Latakia semalam dan kembali ke Moscow beberapa jam berikutnya dengan membawa 27 rakyat Rusia.Dalam perkembangan berkaitan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon berkata, pasukan pakar kimia badan dunia itu memerlukan masa keseluruhan empat hari untuk melengkapkan siasatan berhubung dakwaan serangan senjata kimia di Damsyik.Menurut Ki-moon, pasukan tersebut menamatkan hari kedua siasatan itu di sebuah lokasi di pinggir bandar raya ini semalam."Biarlah mereka melengkapkan siasatan dalam tempoh empat hari," kata Ki-moon. "kami akan menganalisis penemuan tersebut secara saintifik sebelum menghantar laporan kepada Majlis Keselamatan," katanya.Komen tersebut dibuat ketika AS dan sekutu-sekutunya bersiap sedia untuk menyerang Syria. - AgensiArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2dIygqDhpHakcipta terpelihara 
Source:http://syriaberdarah.blogspot.com/2013/08/damsyik-nafi-guna-senjata-kimia-bunuh.html

Damsyik nafi guna senjata kimia bunuh rakyatnya sendiri Images

No comments:

Post a Comment